Peluang.
Memberi peluang itu penting. Kerana peluang yang saya beri dulu, saya bahagia hari ni.
Kerana kepahitan dulu, Hikmahnya terlihat hari ini...
Awak,
Terima kasih untuk semua yang awak lakukan supaya saya tersenyum.
Terima kasih sebab menangis masa saya susah..
Terima kasih sebab menangis masa saya sakit..
Kali ni saya benar benar jatuh hati.
Tak sia-sia usaha awak untuk ambil hati saya..
Kerana perubahan itu lah saya jatuh hati..
Walaupun mulanya susah tapi kerana awak sungguh-sungguh,
Saya terima.. Saya percaya.. Jangan kecewakan saya.
Jodoh,
Andai awak jodoh saya, Alhamdulillah syukur..
Dan kalau awak bukan jodoh saya sekalipun,
Saya yakin awak akan menjadi seorang Imam yang baik kepada sesiapapun..
Memaafkan,
Saya nak awak tahu,
Segala salah dan silap awak yang lepas semuanya saya maafkan..
Lupakan kisah yang lalu..
Teguhkan tugu imanmu..
Biar apa orang kata tentang yang lepas..
Yang penting sekarang awaklah yang terbaik..
Pandangan manusia tak penting..
Yang penting pandangan Allah..
Saya percaya awak..
Orang yang melakukan dosa dan merasa diri berdosa lalu bertaubat,
LEBIH MULIA dari orang yang TAK BUAT DOSA dan TAK pernah rasa diri berdosa..
Sebab,
Merasa diri berdosa itu adalah sifat kehambaan.
Abah selalu cakap macam tu..
Awak macam abah..
Sebab tu saya senang dengan awak...
Awak,
Saya nak awak tahu yang saya tak pernah malu mengaku saya jatuh hati pada awak..
Malahan saya bersyukur disayangi awak..
Terima Kasih sebab berubah sebaik ini..
Saya takmau lelaki kaya cukup boleh bahagiakan saya..
Macam abah bahagia kan kami..
Rezeki Allah sentiasa ada..
Semoga cinta kita dalam redha Ilahi..
Berdoalah selalu agar jodoh berpanjangan...
Yang paling penting Jadi Imamku ya..