Tuesday, 8 February 2011

Macam Macam Wirawati

Satu hari di Plkn boleh dikatakan macam satu minggu sebabnya terlalu banyak aktiviti. Ada satu hari tu ada aktiviti flying fox.. Aku ni sebenarnya gayat tapi buat buat cool. Saja nak try.. First time sebenarnya. Hahahaha, rasa macam nak nangis masa buat tu tapi nasib baik lepas.. Lembik lutut ni tau! Tapi takpa aku happy! Kalau nak tau mulanya aku benci la sesangat nak datang Plkn dulu.. Tapi tiba tiba rasa macam takmau tinggal pulak kem tu.. Ha! Kenapa tu?? Dah jatuh hati ke? Yes jatuh hati.. Sayang pada kawan kawan aku kat Plkn tu.. Rapat sangat dengan depa semua dulu.. Sangat rapat.. Rasa sayang yang terlalu kuat. Mungkin Allah dah tempatkan kami ni semua sekali.. Yang best nya tak kira la Cina India ka.. Semua rapat.. Memang rasa lain.. Bahagia.. Macam-macam aku dah lalui dengan depa ni selama sebulan di Plkn.. Sebulan rasa bagaikan setahun... Serius aku happy sangat2.. Sangkaan negatif aku takda satu pun jadi.Kalau ada pun masa awal awal dulu ja...Yalahh anak manja kena duduk kem.. Macam macam masalah lah mula mula tu..

Monday, 7 February 2011

Hari Pertama-Budak Yang Aku Suka :P

Aku sampai ke Kem Plkn Bukit Besar ni 4 Januari 2011.. Sampai je kat dorm PP1 tu aku tengok budak budak dalam tu tengok aku pelik ja.. Aiihh semua dah dapat baju Plkn.. Amboii.. Aku dah la segan tapi buat muka biasa ja...Mula-mula aku sembang sikit, then sembang lagi.. lepas tu terus sekepala.. Hehehe tak susah pun.. Hebat-hebat budak dorm aku ni.. Dari MRSM, Al-Mashoor, Maktab Mahmud, SBP.. yang aku pulak dari teknik ja.. Segan sikit..
Ehem-ehem ni nak cerita pasal seorang budak tu.. Kali pertama terpandang wajahnya, hati ni rasa terpikat laa.. Hehehe. Jiwang pulak. Okayy aku mula ternampak budak ni pada tarikh 5 Januari 2011.. Okayy that is the second day aku dekat Plkn. . Masa yang aku terpandang wajah budak tu sebenarnya masa wira dan wirawati tengah ada pemilihan siapa yang nak di jadikan Penghulu, Penghuluwati.. Okayyy masa aku pandang ke kanan *bahagian wira , tiba-tiba aku terpandang muka seorang budak ni. Time tu dia tengah senyum.. Tiba hati ni rasa macam suka tengok dia senyum. Suka ja.. Tapi tak bermaksud apa apa okayy. Then petang tu masa ada pemilihan ketua dorm wira dan wirawati, aku tenampak dia lagi.. Hmm dia ni budak kompeni aku, Alpha. Sebab tu asyik nampak dia. Aku tengok budak dorm dia lantik dia sebagai ketua dorm.. Amboi ada karisma.. Makin suka pulak aku tengok dia.. Nampak gaya macam dah berpunya.. Mustahilah kan kalau tak berpunya.. Alaa takpa aku bukan nak buat dia jadi boyfriend pun.. Saja suka ja.. Aku pulak jadi penolong untuk dorm aku. Then bermula lah kehidupan di Plkn Bukit Besar.. Masuk kelas ada belajar modul modul bagai.. Masa kat BK1 semua ahli kelas tu kompeni Alpha.. Masa at BK2 campur-campur kompeni.. Masa dekat KN8. Dua group dari BK1 digabungkan..