Friday, 17 August 2012

Balik Kampung Oo Balik Kampung

Assalamualaikum..
Okayyy harini hari untuk aku bertolak balik ke kampung. Kampung aku sebelah mama, terletak di Negeri Pahang Darul Makmur. Aku bertolak dalam pukul 1 tengah hari tadi.. Sepanjang perjalanan memang letih sangat. Aduhaii. Macam macam ujian. Dengan jalan sesak. Dekat R&R takda parking. Tapi takpa berkat kesabaran akhirnya sampai ke rumah Opah ni.. Pukul 10 lebih jugak la sampai. Kami sekeluarga berbuka puasa di dalam kereta di Lebuhraya Plus.. Hehhehehe. Yelah masa tu jalan sesak sangat. Jem. So makan yang ringan ringan jer. Sampai jer rumah opah pakat pakat serbu nasik. Hehehehe. Okeylahh tu jer...

Saturday, 4 August 2012

Cinta Kita.... Layan.. :)

Inilah aku apa adanya
Yang ingin membuatmu bahagia
Maafkan bila ku tak sempurna
Sesempurna cintaku padamu

Ini juga ku apa adanya
Yang ingin selalu di sampingmu
Ku tahu semua tiada yang sempurna
Di bawah kolong langit ini

* jalan kita masih panjang
Ku ingin kau selalu disini

Biar cinta kita tumbuh harum mewangi
Dan dunia menjadi saksinya
Untuk apa kita membuang-buang waktu
Dengan kata-kata perpisahan

Demi cinta kita aku akan menjaga
Cinta kita yang tlah kita bina
Walau hari terus berganti hari lagi
Cinta kita abadi selamanya

Friday, 3 August 2012

Bahagia :)

Assalamualaikum..
Ada dua perkara yang membahagiakan aku hari ni. Pertamanya, Keluarga aku akan datang berbuka puasa dengan aku di Sungai Petani, memandangkan aku tak buleh balik minggu ni. Sumpah best. Yeayy! Aku nak bawak depa makan kat tempat Cikk San bawak aku makan hari tu...
Okayy perkara yang membahagiakan aku ialah Cikk San dah maafkan aku.. Thanks Cikk San. Tapi cara Cikk San hukum Waa haritu buat Waa takut dan menyesal sangat sangat. Mungkin selama ni Waa ego sangat kan? Asyik nak menang? Maaf nah sayang.. Waa dah belajar dari kesilapan ni. Waa takkan kasaq lagi, dan takkan kurang ajar dengan bakal suami Waa. InsyaAllah. Amin :)
Alhamdulillah Ya Allah.. Kau kurniakan aku ujian supaya aku sentiasa mengingatiMu.. Kau kurniakan aku kebahagian supaya aku sentiasa bersyukur kepadaMu. Thankyou Allah :)

Alhamdulillah

Lawak Lawak Lawak


Hahahaha. Terbahak bahak jugak aku gelak tengok video ni. Walaupun macam lawak bodoh tapi okayy lah untuk release tension.. :)

Thursday, 2 August 2012

MHS :(

Assalamualaikum..
Entah kenapa hati aku rasa hubungan aku dengan pemilik hatiku semakin renggang.. Semakin lama semakin aku tawar hati.. Aku semakin tidak yakin dengan cinta ni.. Salah aku kah yang tidak memahami? Atau salah dia yang buat selalu jadikan sesuatu perkara tu rumit? Entahlah.. Atau cinta ni cuma aku yang rasa? Atau hanya aku yang berkhayal? Berkhayal bahawa ini satu hubungan tetapi sebenarnya rasa tu hanya lah imaginasi..
Cikk...
Kalau cikk dah tak sayangkan Waa, Cikk lepaskan Waa... Jangan ikat diri Waa.. Waa sakit.. Waa taktau apa punca tapi sekarang ni semunya serba tak kena.... Waa rasa cikk makin jauh.. Hati kita makin jauh walau pun kita selalu dekat.....

Monday, 30 July 2012

Buka Puasa Di Pusat Islam

Assalamualaikum...
Best tau hari ni aku berbuka puasa kat Pusat Islam Uitm Kedah. Hehehe.. Mula mula kami berbuka dengan Air, Kurma dan Kuih, then after solat Maghrib berjemaah dekat Pusat Islam baru lah kami makan Nasi Arab.. Yang bestnya makan dalam talam. Pertama kali dalam hidup aku makan dalam talam. Aku berbuka di PI dengan tiga orang lagi kawan aku, Shila, Aimi, dan Hairani.. Depa pun Komander jugakk.. Aku makan dalam talam berkongsi dengan depa tiga orang ni lah. Hehehe. yang best nye makanan tu sangat lah sedap.. Alhamdulillah percuma. Hehehe... Agak teruja ya first time makan dalam talam ramai ramai. Hehehe. Mungkin esok lusa aku aka  berbuka di PI lagi...

Nasi dan Lauk Dalam Talam

Saturday, 28 July 2012

Sharifah Binti Nik Hassan

Assalamualaikum..
Tiba tiba aku rindukan wanita ni.. Hehehe. Ni Tok aku. Sebelah Abah. Walaupun tok aku ni kuat berleter tapi aku sayang tok aku sangat sangat. Tok selalu tolong kalau aku susah. Tok aku nak sangat tengok aku berjaya. Selalu suruh aku belajar rajin rajin. Semoga tok aku panjang umur. Boleh dia tengok aku berjaya suatu hari nanti. Rindu tok!

Cinta Aku Dan Kamu



Thankyou Cikk San!


Dalam aku sedih tak dapat balik ke rumah jumpa family, Cikk San aku cuba meng'happy'kan aku. Dia bawak aku berbuka dekat luar. Memang la nampak macam biasa saja kan? But for me it really a sweet moment. Baru hari ni dapat berbuka dengan dia. Aku ni tamak betul macam macam teringin. Dah sampai kedai makan, siap order dah, aku nak ayam Kfc pulakk.. Cikk San aku pun bawak pergi beli dekat Tesco sebelah Village Mall.. Takut jugak dia marah ka apa dengan kerenah aku tapi nampaknya dia senyum ja. Hahaha. Lepas beli Kfc tu kami pun pergi balik ke kedai makan tu. Tunggu la makanan yang kami order tadi. Tak lama lepas tu makanan pun sampai.. Dah masuk waktu magrib kami pun berbuka. Dia baca doa. Aku pun amin ja lah. Hehe. Aku makan nasi goreng kegemaran aku, Nasi Goreng Kampung. Aku suka sayur kangkung so aku order la sayur Kangkung Boreng Belacan. Cikk San aku makan Nasi Goreng Sotong nasi lebih. Tau dah dia mesti nak nasi lebih. Dia memang suka makan banyak.. Hmm tadi takda ganbar yang aku ambil pasal lampu restoran tu agak romantik dan gelap, yang aku pulak guna kamera fon ja.. So takda gambar la untuk post aku kali ni.. Apa apa pun Thankyou Cikk San!

Thursday, 26 July 2012

Tak boleh balik

Malam ni sepatutnya aku sedang berada di rumah tercinta.. Hehehe.. Mama aku ada text aku, tanya nak balik tak, Abah aku nak ambik dan hantar balik nanti.. Maaf Mama.. Waa tak buleh balik minggu ni.. Esok ada test ma.. Aku sangat rindu family.. Nak duk dengan family saja... Tapi nak buat macam mana ada pulak test.. Takpalah redha saja.. Tak sabar nya nak tunggu habis belajar.. nak duduk berkepit dengan mama aku saja.. Anak manja la katakan.. Kalau duk kat rumah mesti boleh makan macam-macam.. Amboi fikir makan ja ya cekk.. Mama saya masak sedapp.. Hehe.. Sebab tu lah anak dia ni membesar dengan sihat. Dengan abah tu walaupun kadang aku suka gaduh gaduh dengan dia tapi bila tak jumpa rindu pulak rasa.. Hahaha. Kalau aku balik rumah tu adik adik aku jangan harap la nak dapat perhatian mama abah dah.. Anak manja sudah pulang maa... Hehehe.. Rindu jugak adik adikku.. Selalu bergaduh tapi sumpah sayang sangat kat depa semua.. Kalau tak sayang depa nak sayang sapa lagi... Kami besar dalam satu rumah.. Ya Allah, janganlah ada perpecahan antara kami.. Takmau tengok air mata mama abah aku jatuh kerana kami anak anak ni.. Sebolehnya aku takmau depa sedih! I love you mama abah adik...... Adik adik aku sekarang dah besar.. Semua dah tinggi.. Aku je pendek... Hehehe.. Depa pulak suka buli aku... Rindu la dekat budak budak ni......

Adik aku nombor dua
Yang baju biru tu adik aku nombor tiga.. Dengan kawan dia.

Yang ni yang nombor empat.. Comel...
Cikk Bongsu.....

Saturday, 21 July 2012

Hati Perasaan

Assalamualaikum..
Hari ni aku kena balik ke Uitm balik. Hmm serius aku takmau balik lagi. Entah kenapa ni tiba tiba rasa macam sedih semacam.. Rasa ralat ja.. Tak syok semua ada.. Ikutkan hati aku, aku nak duduk rumah lama sikit lagi.. Kenapa ni? Rasa tak kuat nya... Aku pergi kat tepi my mom then said" Ma, Juwa takmau balik.." Hmm mama diam ja.. Duk buat kuih.. Aku ttau kalau boleh mama pun takmau aku balik kan? Tapi aku kena balik, ada tugas sebagai seorang pelajar.. Bila aku pikir pikir balik aku tak boleh ikutkan sangat hati dan perasaan aku ni, sebab nanti tungggang langgang perkara lain.. Tak kuatnyaa.. Ya Allah, tolonglah aku. Aku kena sujud pada Allah, then aku akan tenang. Allah tak pernah meninggalkan hamba-hambaNya. Sesungguhnya Allah sebaik baik tempat bergantung... Tiba tiba teringat kan Cikk San.. Tadi dia ada call aku, lama dah tak jumpa dia tu. Semangat aku tu. Takpalah nanti boleh jumpa and sembang sembang lagi dengan dia.Okaayyy now nak sambung kemas barang even hati ni tak berapa rela nak balik.. Kuat waa kuat! Happy kan diri di bulan Ramadhan ni..

Friday, 20 July 2012

Salam Ramadhan

Do'a malaikat Jibril menjelang Ramadhan : "Ya Allah tolong abaikan puasa umat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan hal-hal yang berikut :

* Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada)
* Tidak berma'afan terlebih dahulu antara suami isteri
* Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya.

Maka Rasulullah pun mengatakan Amin sebanyak 3 kali. Dapatkah kita bayangkan, yang berdo'a adalah Malaikat dan yang meng-aminkan adalah Rasullullah dan para sahabat, dan dilakukan pada hari Jumaat.


Maka bermaaf-maafan la kita......
.....semoga kita dapat menjalani ibadah puasa dengan khusyuk, diberkati dan dirahmati Allah S.W.T, insyaallah.

SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA yang akan tiba.. :)



For You Mr. Sunshine.



Peluang.
Memberi peluang itu penting. Kerana peluang yang saya beri dulu, saya bahagia hari ni.
Kerana kepahitan dulu, Hikmahnya terlihat hari ini...
Awak,
Terima kasih untuk semua yang awak lakukan supaya saya tersenyum.
Terima kasih sebab menangis masa saya susah..
Terima kasih sebab menangis masa saya sakit..
Kali ni saya benar benar jatuh hati.
Tak sia-sia usaha awak untuk ambil hati saya..
Kerana perubahan itu lah saya jatuh hati..
Walaupun mulanya susah tapi kerana awak sungguh-sungguh,
Saya terima.. Saya percaya.. Jangan kecewakan saya.
Jodoh,
Andai awak jodoh saya, Alhamdulillah syukur..
Dan kalau awak bukan jodoh saya sekalipun,
Saya yakin awak akan menjadi seorang Imam yang baik kepada sesiapapun..
Memaafkan,
Saya nak awak tahu,
Segala salah dan silap awak yang lepas semuanya saya maafkan..
Lupakan kisah yang lalu..
Teguhkan tugu imanmu..
Biar apa orang kata tentang yang lepas..
Yang penting sekarang awaklah yang terbaik..
Pandangan manusia tak penting..
Yang penting pandangan Allah..
Saya percaya awak..
Orang yang melakukan dosa dan merasa diri berdosa lalu bertaubat,
LEBIH MULIA dari orang yang TAK BUAT DOSA dan TAK pernah rasa diri berdosa..
Sebab,
Merasa diri berdosa itu adalah sifat kehambaan.
Abah selalu cakap macam tu..
Awak macam abah..
Sebab tu saya senang dengan awak...
Awak,
Saya nak awak tahu yang saya tak pernah malu mengaku saya jatuh hati pada awak..
Malahan saya bersyukur disayangi awak..
Terima Kasih sebab berubah sebaik ini..
Saya takmau lelaki kaya cukup boleh bahagiakan saya..
Macam abah bahagia kan kami..
Rezeki Allah sentiasa ada..
Semoga cinta kita dalam redha Ilahi..
Berdoalah selalu agar jodoh berpanjangan...
Yang paling penting Jadi Imamku ya..

Makan Makan Makan

Okayyy setelah dua minggu aku tak balik rumah, malam ni abah bawak family ku pergi makan.. Hehehe. Kat sebuah kedai makan yang terletak di Kulim. Pokok Manggis namanya. Tak tahu kenapa malam ni rasa happy semacam, mungkin pasal esok first Ramadhan kot.. Asalnye abah nak bawak kami sahur kat luar malam ni. Tapi memandangkan dua orang adik aku tu payah nak bangun sahur, so kena lah keluar makan awal. Sahur karang mama aku masak jer.. Aku suka kalau keluar ramai macam ni. At least boleh berkumpul.. Aku pun jarang nak boleh balik.. So happy la sikit tadi.. Sumpah sangat happy kalau dengan keluarga.. Serius sayang mama abah aku. Aku bersyukur. Kami tak kaya mana. Tapi bahagia laa. Tak perlulah semua kehendak di penuhi, asalkan segala keperluan mencukupi.

Saja menggedik







Lapaq Lapaq

Dengan mama tercinta. Asmatul Radziah Binti Mat Rahim

Mama aku dan dua orang adik perempuanku.

Ha ini adik aku Puteri Aina Shahirah. Kurus orangnye.. Tinggi boleh tahan laa.. Tinggi dari aku.. 
Cikk Puteri Juliana Afaf  




Sayang sangat kat si Hitam ni.






Ni ada lah sikt gambar masa pi makan tadi, jap mana abah aku?? Jangan pelik okayy, abah aku payah sikit nak bergambar so tak ada la gambar dia. Hmmm kadang-kadang terasa jugakkk. Hehehehe. Samalah dengan adik aku yang nombor empat tu. Susah sikit nak bergambar. Okayyy lah setakat ni ja. Nanti update lagi. Tatatatata. Assalamualaikum.

Wednesday, 18 July 2012

Sambut Puasa

Aku nak balik! Yes, aku nak balik! Hehehe. Sebenarnya hari ni aku akan pulang ke rumah tercinta. Nak jumpa Mama, Abah dan adik-adik tersayang. Yelahh kita kan dah nak start puasa Sabtu ni. Ya Allah bahagianya. Alhamdulillah aku berpeluang menyambut Ramadan lagi tahun ni. Semoga berpeluang jugak sambut Syawal. Hmm aku akan balik malam ni. Naik bas. Kalau ikutkan hati nak je balik sekarang tapi sebab aku ada tugas, aku balik malam la. Balik sendiri takmau susahkan abah. And to you my Sunshine, dah tiga hari tak jumpa. Rindu tapi takpa la Ahad ni kita berbuka sama-sama ya.
Berbalik pada petang ni aku kena jadi runner untuk UKA. Ujian Kecergasan. Naik motor.. hehe rempit dalam Uitm. Okayy lah nak bersiap dulu.

Friday, 13 July 2012

Sukan Kolej Murni

13 Julai 2011.. Ha tarikh ni tarikh Sukan Kolej Murni. Kolej yang aku menetap untuk semester ni. Untuk makluman aku adalah seorang komander di Uitm Kedah, jadi aku di tempatkan di Kolej Murni. Semua komander siswi di Uitm Kedah akan di tempatkan di kolej ni. Hmmm tu saja nak bagi tau ja. Okayy jom start pasal sukan kolej, Okay ada berberapa acara sukaneka dalam sukan kolej kali ni. Antaranya, Pancing Botol, Batik Sempit, Explorace, Cawan Getah, Belon Air... Okaayy nak di jadikan cerita pagi tu aku pun turun la join sukan kolej tu, walaupun pagi tu mengantuk sangat dan hari minggu, tapi taktau kenapa rasa semangat. Ni pun pasal ramai geng komander turun...
Alang-alang dah turun tu, kami pun join la semua acara yang tersedia tu.. Hehehe. Kami buat team komander... Hehehe. Menang pulak tu! Tu yang best. Semua komander bolot.. Hahaha. Explorace siap dapat no 1... Serius memang happy.. Dapat hamper dengan wang tunai. Masa kat padang tu kami ni punya la bising. Ceria sungguh... Temgok student lain senyap ja.. Bak kata orang Penang, 'BUAT RAMAI'.... Happy kan? Hehehehehe. Malam pulak kami kenduri laa.. Tu dah jadi kemestian dahhhh.... Hehehehe. Serius aku sayang family komander. Once and Forever!

Aku
Ni semua komander yang ceria

Komander yang menang Explorace

Cek yang menang Explorace

Ber'posing' depa...

Yang depan tu senior

Semua komander siswi yang turun

Dua johan satu tu naib johan.

Saturday, 26 May 2012

Hadiah Birthdayy Dari Cikk Sunshine




 Aku ni sebenarnya tak minat sangat bearbear ni.. Dulu masa kecik aku buat main terajang terajang je.. Tapi kali ni bila MHS yang bagi, Aku rasa sayang sangat dekat bearbear ni.. Thanks Cikk San... Cikk Waa suka hadiah ni.. Cikk Waa sayang Cikk San...

Sunday, 26 February 2012

Sahabatku Di Merbok

Nur Khalidah dan Shaida Fariza

Nurul Aqidah aka Qid

Azreen Zakaria

Nurul Hairani

Nur Izzati aka Neelofa