Tuesday, 25 October 2011

Komander Amm

Assalamualaikum..


Okayy nampak gambar kat atas tu? Boleh cam yang mana aku? Setelah 14 hari berada di Latihan Intensif Bakal Komander(LIBK), aku pun pulang ke rumah.. Punya la gelapp muka aku.. Tak habis adik-adik aku gelakkan aku.. Okayy aku kat sana dari 11.10.2011 sampai la 24.10.2011... Tempat latihan tu kat Uitm Pulau Pinang. Panas kot Uitm tu.. Hehehe. Tempat kerja ayah aku la tu... Okayy berbalik kepada latihan tu, perghh memang teruk.. Kalah Plkn! Hmm, kat Plkn mana aku hitam pun! Komander-komander senior bagi latihan yang baikk punyaa, rasa marah sangat kat depa tapi lasr last tu semua jadi baikk! Depa berlakon ja garang sebab nak latih ketananan mental kami Bakal-bakal Komander ni! Serius aku cakap, tenaga memang takda sangat dah, yang tinggal cuma ketahanan mental ni. Mula-mula ada la menyesal sikit tapi lama-lama rasa happy la pulakkk. Yalah kita kerjasama dengan kawan-kawan. Hehhehe. Apa apa pun, inilah pengalaman yang berharga..

Wednesday, 18 May 2011

Suka Benci Sayang

22/3/11........
Setelah lamanya budak tu tak contact aku, tiba2 dia text aku.. Ya Allah berbunga sikit hati... Memang aku mengaku hati ni kadang-kadang teringatkan dia... Tapi kalau nak menyintai dia, mungkin tak sebab dia kan dah berpunya.. Malam tu aku text dengan dia sampai pukul empat pagi.. Dan lepas tu macam biasa lah... Dia pun menghilang......
Sakitkan rasanya... Alaa biarlah.. Kawan kan... Tapi kenapa aku rasa lain ni... Ada lagi kot perasaan pada dia...
Tak lama lepas tu dia text aku lagi... Kali tiga hari berturut turut.. Katanya dia ada masalah.. Bila aku suruh cerita, dia segan pulakk, so aku cuma bagi semangat saja lah.. Tu saja yang mampu...
Dalam duk texting tu ada pulak salah faham.. Macam mana tah.. Ada saja perkara yang nak buatkan kami bergaduh.. Tiba tiba dia cakap dia takkan contact aku lagi.. Alamak macam mana ni.. Kalut aku di buatnya... Aku pun pujuk lah.. Yalah aku sayang dekat dia.. Kalau tak boleh jadi kekasih hati pun, cukup aku tau perkembangan dia sebagai kawan sudah la. Takmau la sampai lost contact.. Entah macam mana aku terluah perasaan pada dia.. Aduii malunya... Tapi yang best nya dapat balasan positif.. Dia pun ada perasaan jugakk kat aku. Yess! Hmm esoknya.. Dia buat ayat macam mana tah akhirnya kami ni couple dua.. Hahahaha... Musuh jadi couple kan? Pelik tak? Adui laa..
Tarikh 10/4/11 buat aku sangat bahagia.. Aku sangat happy... Yalah.. Dapat dia... Cara dia lain bila dah jadi 'kekasih' ni.. Tapi kadang-kadang hati ni macam curiga sikit.. Alaa takpalah abaikan... Hehehe.. Aku sayang dia.. Budak yang aku suka masa mula mula sampai PLKN.. Sekarang sunshine ku.. Aku nak dia jadi Imam aku suatu hari nanti.. Mohammad Hassan Samsudin...
Awakk.. Cikk Pemilik Hati.. Be mine forever ya..

Wira Hassan.. Wira aku selamanya.. Amin :)

Sunday, 20 March 2011

Suka Benci Suka Benci Sahabat

Assalamualaikum..
Ingat tak pasal budak yang aku minat masa aku mula-mula sampai Plkn? Hmm kalau nak tau lepas pada hari tu aku lagi selalu jumpa dia.. Tapi aku tak berapa suka la perangai dia.. Bukan pasal dia riuh, riuh tu tak kisah la pasal aku ni pun riuh orang nya.. Aku tak suka dia pasal dia suka mengata dekat orang.. Mula-mula aku tengok dia duk kata kat kawan aku tu, pastu macam mana tah dia boleh terperasan kewujudan aku then asyik nak usik pastu mengata kat aku. Mungkin pasal aku pun bising dalam kelas.. Tu lah dia rasa tergugat kan? Then nak cari pasal je dengan aku. Ishh memang tak suka dia. Macam apa lagi.. Mula mula aku tahan lagi kena usik tapi lama-lama aku jadi nak terasa pulak.. Yalah orang yang kita suka dok usik and kata macam-macam kat kita.. Mesti kita geram kan.. Pernah lah sekali dia kata kat aku, aku tepuk meja dewan makan tu, Then balik menangis.. Hhehe.. Minggu tu mama abah aku datang lawat aku pun menangis lah kat depa.. Sambil duk cerita..
Aktiviti kat dalam kelas semuanya okayy. Aku suka.. Yang aku tak suka nya pakcik tu! Asyik nak usik.. Hmm kalu dia ja usik takpa.. Kawan-kawan dia pun usik.. Hehehe.. Geram geram jugak tapi kadang kadang nak lucu pun ada. Depa mengusik aku macam budak budak tadika ja. Entah kenapa aku rasa macam aku ni balik ke alam tadika.. Aktiviti dalam kelas pun macam aktiviti tadika.. Hahaha.
Suatu hari tu masa hujung minggu lepas tamat modul 1, aku dapat no handphone budak tu! Yes aku nak kacau. Kebetulan masa tu dapat dah hanset. So rancaklah.. Aku pun text lah dia, Aku hantar "Hai, nama saya ******... Saya suka kata dekat orang." Tak lama lepas tu dia balas tanya siapa aku.. Aku suruh lah dia teka, then dia maki aku? Dia kata "Tengkorak hang!" ...Isshh kurang ajarnyaa dia! Sakit hati.. Then aku diam ja tak balas dah. Pastu dia text aku lagi tanya elok-elok siapa aku.. Then aku pun bagi tau lah aku ni Amm. Aku mintak maaf kat dia pasal aku nak melawak ja.. Rupanya dia tak marah pun.. Dia pun mintak maaf.. Dia kata kenapa aku tak bagitau awal-awal. Kan dah kena tengkorak hang kat aku... Then seharian tu sampai la ke tengah malam kami duk text.. Aku rasa macam lain pulak sweet budak ni.. Huhuhu tak boleh percaya. Lelaki ni bukan boleh sangat. Dia kata dia tau pasal aku.. Hmm dia tau dah aku ada pakwe.. Hahaha tapi aku bagitau kata dah putus masa sekolah.. Ha memang pun. Aku tak percaya lah cinta cinta ni masa tu.. Cinta ni semua cerita lama... Then aku ada tanya dia sama ada dah ada cinta di hati ka? Dia jawab tak ada. Solo lagi.. Cehhh Boleh percaya ka?? Hahahaha
Tak lama lepas peristiwa tu kami pun jadi rapat.. Selalu text.. Jadi kawan baik yang sangat mesra. Teman tapi mesra. Dia share pasal diri dia. Aku pun ada kot share sikit sikit. Kadang kadang aku nampak diri aku dalam diri dia. Perangai sama ja sebenarnya.. Dia ni tabah orangnya.. Suka tengok dia senyum.. Tak lama lepas tu aku dengar cerita dia sebenarnya ada girlfriend, pastu dengar cerita pasal dia minat kat seorang wirawati kompeni lain.. Pastu dengar pulak cerita dia texting dengan wirawati dorm sebelah.. Macam macam la.. Terasa pun ada pasal bila aku tanya dia kata dia dah putus dengan girlfriend dia and dia cuma text dengan aku.. Ahhh lelaki.. Tak boleh di percayai lansung. Sampai hati tipu! Benci hang! Hahaha. Benci pulak...
Kenapa aku nak marah ni? Come on Amm, he is not yours. Okayy abaikan apa yang aku dengar, yang penting dia baik dengan aku.Hari demi hari makin rapat. Selalu bekerjasama..
Dia tolong aku buat origami.. Aku bagi pecah tingkap, dia tolong kutip sapu.. Caring kan? Macam berlakon pun ada. Hahahaha. Aku suka cara dia.. Dia selalu sokong aku.Hari tu masa dalam KN8 dia asyik panggil nama penuh aku. Alahai sukanya.. Pastu aku dok main pandang pandang tentang tentang mata pulak dengan dia. Amboi Amm.. Gatai nuh.. Dalam surau pun sempat lagi main lawan lawan tengok.. Hahahahaha.
Berbalik pada hobi dia yang suka mengusik tu, hmm dia still lagi duk suka usik aku, tapi sekarang aku dah lali dengan usikkan dia and kawan kawan. Dah takda perasaan marah. Senyum ja. :P
Masa hari sambutan Maulidur Rasul, Kami berarak sambil selawat ke atas Nabi Muhammad SAW.. Masa hari ni aku baru terperasan baju kami sama warna. Aku pakai kurung merah hati, dia baju melayu merah hati..
Pada hari tu lah tiba tiba aku rasa jatuh hati pada dia. Rasa ada perasaan lebih dari seorang kawan. Tapi jangan salah paham, aku bukan nya bercinta dondang sayang dengan dia pun.
Ada sekali tu dia call aku, macam mana tah aku boleh termarah kat dia. Aku dah mintak maaf and pujuk dia tapi dia tetap terasa jugakk.. Ishhh payahnya lelaki ni!
Dia mula nak bermusuh dengan aku, Hmm takkan pasal tu saja? Then aku dengar cerita dari seorang wira, sebenarnya dia tu dah ada girlfriend, then girlfriend dia dapat tau kot pasal aku ni rapat dengan dia so dia nak jauh kan diri lah dari aku. Hancur luluh hati ni. Kecewa. Nasib baik belum terlajak sayang teruk dekat dia. Kalau dah ada girlfriend, kenapa selalu text aku? Kenapa sweet dengan aku? Kenapa care pasal aku? Kenapa bagi aku mengharap? Aku takmau pun jawapan untuk semua soalan ni. Yalahh kami bukan ada apa apa pun. Kawan kan? Tapi cara dia dah buat aku jatuh hati.. Kenapa sebaik ini dia layan aku? Lepas tu nak bermusuh.. Bencinyaa! Aku pun takkan nak terhegeh hegeh kalau tau hang tu dah berpunya. Tak teringin kacau cinta hati orang. Aku paham perasaan girlfriend dia. Salah dia. Atau salah aku sebab memulakan persahabatan ni. Persahabatan yang akhirnya buat aku jatuh hati.. Hmmm salah cekk ka??
Malam tu aku hantar surat dekat dia. Pasal belum dapat hanset. Harap dia paham apa aku rasa. Sudah lah aku malas nak ambik tau pasal dia. Lepas pada hal tu aku pun dah tak ckap dengan dia walau pun berkali-kali dia tegur. Bila dia tengok muka aku, aku pandang ke lain. Kalau tak pun aku jeling setajam mungkin. Lama lama dia pun dah tak tahan dia pun perli aku macam macam. Sedih sangat.. Selama tu aku asyik menangis ja. Menangis disebabkan seorang kawan. Pelik kan? Hmm..
Hari berlalu.. Dia kata kat aku, aku kata kat dia.. Perli memerli.. Dah jadi musuh sangat. Kawan kawan pun dah taktau nak kata apa. Depa tak bela sapa sapa. Tapi kadang kadang bila dia duk kata kat aku sangat ada jugakk kawan yang marah dia balik. Hehehe. Macam macam jadi antara aku dengan dia. Cikgu pun marah smapai nak hantuk kepala kami dua orang. Sumpah aku sedih.. Tapi dia tetap text aku. Walau pun gaduh. Kadang-kadang aku tak balas..
Sampai satu tahap aku tak tahan asyik nangis sebab dia. Aku pun mengadu dekat ustaz aku kat Kem tu. Ustaz pun kata yang penting sekarang aku mintak maaf dulu. Aku pun ikut.. Malam tu ustaz buat ceramah tapi ada masukkan sikit sikit cerita pasal kami. Ustaz kaitkan dengan sahabat lah semuanya.. Malam tu masa roll call, dia datang kat aku then senyum, aku pun senyum lahh.. Hehe. Masa dia tengah kira kekuatan aku babai and buat peace kat dia. Dia senyum lagi. Yess Bahagia balik! Thanks Ustaz Helmi..........
Aku dah baik dengan dia tapi dia masih tak jelas kan pasal haritu. Asyik mengelak. Aku pun abaikan. Aku cuba hilangkan perasaan pada dia. Aku solat aku doa supaya Allah hilangkan perasaan pada dia kalau dia bukan jodoh aku. Bila terasa rindu kat dia aku istighfar banyak banyak.. Aku kena ingat Allah selalu. Mungkin aku gaduh dengan dia hari tu adalah ujian Allah. Balasan sebab terlalu ikutkan perasaan cinta pada manusia..Masa berlalu. Tiba lah hari terakhir aku di kem. Aku text mintak maaf pada dia. Aku suruh dia jaga diri baik baik.. Aku pulang ke rumah sambil menangis.. Lepas ni tak dapat dah jumpa dia lagi..... ByeBye Cinta.. Hehehehehe

Thursday, 17 March 2011

Yang Bertemu Pasti Berpisah

Assalamualaikum..
Setelah tiga buala aku dekat Plkn akhirnya aku pun tamat latihan.. Sedih sangat weyy. Baru je berapa hari duk rumah rasa lain sangat. Kerja nak menangis saja.. Rindukan suasana dekat Plkn.. Aku ingat lagi masa wirajaya. Best sangat dapat masuk hutan dengan kawan kawan baik aku. Hehehe.. Bagi aku yang paling bermakna adalah aktiviti menembak Perghhh pertama kali kot.. Bahagia tak sudah lah cikk oiii. Puas hati rasnya bila dapat menembak. Hehehe. Masa malam akhir tu aku dan wirawati dorm aku buat persembahan koir. Hehehe. Koir dapat sambutan semua kaum kot. Kata satu Malaysia.. Hmm walaupun pada mulanya ad pencanggahan pendapat... Masa ni aku benci gila kat si budak tu. Yalahh dia tinggalkan macam tu ja kompeni dia pastu join band.. Hhuhuhu,. Takpalah biaq ja. Masa malam akhir tu kami dapat makan sedap sedap. Hehehe. Aku suka Plkn pasal makan kat sana free. Hehehe. Malam tu aku jumpa dengan semua kawan kawan and mintak maaf.. Beratur sambil salam semua cikgu.. Cikgu pun menangis. Yalah depa bukak lagu salam terakhir.. Mana tak sedih..
Pagi tu pukul 6.15, aku dah bangun, solat. Aku tolong KuBai, kawan baik aku gak iron baju kelas pasal bas dia pukul 7.. Masa tengah iron baju tu air mata aku jatuh.. Taktau pasal apa ni.. Sedih sungguh.. Sumpah aku sayang sangat kawan kawan aku. Masa budak budak yang balik dengan bas balik aku pun turun.. Menangis tak berhenti.. Pastu lama lama lega.. Dalam pukul 9 anak anak Cina dalam dorm aku tu pun dah nak balik.. Sekali lagi aku bercucuran air mata.. Terutama bila peluk Jerry. Si Jerry ni adik aku dalam dorm ni. Dia cantik sangat..
Tak lama lepas tu abah aku datang ambik.. Aku pun pulang dengan hati yang sedih... Takpalah kawan kawan ada masa kita jumpa lagi.. Aku sangat bencikan perpisahan. Tapi apakan daya lumrah kehidupan.. Yang bertemu pasti berpisah..

Tuesday, 8 February 2011

Macam Macam Wirawati

Satu hari di Plkn boleh dikatakan macam satu minggu sebabnya terlalu banyak aktiviti. Ada satu hari tu ada aktiviti flying fox.. Aku ni sebenarnya gayat tapi buat buat cool. Saja nak try.. First time sebenarnya. Hahahaha, rasa macam nak nangis masa buat tu tapi nasib baik lepas.. Lembik lutut ni tau! Tapi takpa aku happy! Kalau nak tau mulanya aku benci la sesangat nak datang Plkn dulu.. Tapi tiba tiba rasa macam takmau tinggal pulak kem tu.. Ha! Kenapa tu?? Dah jatuh hati ke? Yes jatuh hati.. Sayang pada kawan kawan aku kat Plkn tu.. Rapat sangat dengan depa semua dulu.. Sangat rapat.. Rasa sayang yang terlalu kuat. Mungkin Allah dah tempatkan kami ni semua sekali.. Yang best nya tak kira la Cina India ka.. Semua rapat.. Memang rasa lain.. Bahagia.. Macam-macam aku dah lalui dengan depa ni selama sebulan di Plkn.. Sebulan rasa bagaikan setahun... Serius aku happy sangat2.. Sangkaan negatif aku takda satu pun jadi.Kalau ada pun masa awal awal dulu ja...Yalahh anak manja kena duduk kem.. Macam macam masalah lah mula mula tu..

Monday, 7 February 2011

Hari Pertama-Budak Yang Aku Suka :P

Aku sampai ke Kem Plkn Bukit Besar ni 4 Januari 2011.. Sampai je kat dorm PP1 tu aku tengok budak budak dalam tu tengok aku pelik ja.. Aiihh semua dah dapat baju Plkn.. Amboii.. Aku dah la segan tapi buat muka biasa ja...Mula-mula aku sembang sikit, then sembang lagi.. lepas tu terus sekepala.. Hehehe tak susah pun.. Hebat-hebat budak dorm aku ni.. Dari MRSM, Al-Mashoor, Maktab Mahmud, SBP.. yang aku pulak dari teknik ja.. Segan sikit..
Ehem-ehem ni nak cerita pasal seorang budak tu.. Kali pertama terpandang wajahnya, hati ni rasa terpikat laa.. Hehehe. Jiwang pulak. Okayy aku mula ternampak budak ni pada tarikh 5 Januari 2011.. Okayy that is the second day aku dekat Plkn. . Masa yang aku terpandang wajah budak tu sebenarnya masa wira dan wirawati tengah ada pemilihan siapa yang nak di jadikan Penghulu, Penghuluwati.. Okayyy masa aku pandang ke kanan *bahagian wira , tiba-tiba aku terpandang muka seorang budak ni. Time tu dia tengah senyum.. Tiba hati ni rasa macam suka tengok dia senyum. Suka ja.. Tapi tak bermaksud apa apa okayy. Then petang tu masa ada pemilihan ketua dorm wira dan wirawati, aku tenampak dia lagi.. Hmm dia ni budak kompeni aku, Alpha. Sebab tu asyik nampak dia. Aku tengok budak dorm dia lantik dia sebagai ketua dorm.. Amboi ada karisma.. Makin suka pulak aku tengok dia.. Nampak gaya macam dah berpunya.. Mustahilah kan kalau tak berpunya.. Alaa takpa aku bukan nak buat dia jadi boyfriend pun.. Saja suka ja.. Aku pulak jadi penolong untuk dorm aku. Then bermula lah kehidupan di Plkn Bukit Besar.. Masuk kelas ada belajar modul modul bagai.. Masa kat BK1 semua ahli kelas tu kompeni Alpha.. Masa at BK2 campur-campur kompeni.. Masa dekat KN8. Dua group dari BK1 digabungkan..